takziah diucapkan kepada untie dan Ing San Lian, murid pendidikan khas SKAT kerana kematian ayahnya pada 5 februari lalu kerana kemalangan jalan raya... semoga untie tabah menghadapai segala dugaan...
assalamualaikum... selamat tahun baru 2010... lembaran baru tahun 2010 ni diharapkan akan memberi ruang baru kepada semua warga pendidikan khas SKAT. tahniah diucapkan kepada En. Noor Rizan yang telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Pendidikan Khas. Tahniah juga kepada Puan Wahidah kerana telah selamat melahirkan bayi lelaki pada bulan 12 lalu... buat Pn. Sarmila... tunngu masa anda akan tiba... Selamat datang juga diucapkan kepada En. Syamsul Abd hamid yang merupakan guru baru di kelas kami...
Memperkenalkan ratu-ratu kat dalam pendidikan khas nih... tapi sayang seribu kali sayang, semuanya dah bergelar puan...hehehehe. Alamak gambar kelabu sikit... sory la ek... nanti kalau senang dapat gambar yang elok sikit saya upload lagi ek... perkenalkan sorang sorang... yang paling hujung sebelah kiri Pn. Hasnizam Mohammad PPM tapi dah bertukar ke Kelantan. Tengah ngan dung tu tapi mantain je body. Yang sebelah dia tu Pn. Roziatul Malia, tengah mengandung 7 bulan... Yang baju kuning tu.. ehem ehem...seterusnya si manis berbaju biru tu Pn. Sarmila, orang negori. Tengah pening-pening layan 'morning sickness' hehehe... jangan mara ar mila. Yang senyum sumbing bertudung pink tu lak Pn. Wahidah... yang tu pun tengah ada isi tu... ank sulung belaka... orang bote. Sebelah dia yang tudung biru tu lak Pn. Mazura Subadi, tengah ngandung jugak... hai...subur-subur nampaknya. Yang nyorok kat belakang tu, Pn. Zarina, PPM untuk Prasekolah Pendidikan Khas. Sebelah dia lak, Pn. siti Hasnah... satu-satunya ustazah kat kelas ni. Yang tengah duduk tu lak, Pn. Nur Ariffah... senyum dia paling lebo sekali... orang Bruas kot... sebab sekarang ni dia duduk beruas... hehehe... itu lah seba sedikit tentang cikgu-cikgunya... sebelum terlupa... En. Noor Rizan adalah penyelaras PIPKSKAT... gambar tak de dalam simpanan, nanti kalau ada saya uploadkan... Sorang lagi terlupa nak introduce... Pn. Zalina, PPM baru menggantikan Pn. Hasnizam... puan jugak... baru lepas pantang ank sulung...
Gambar semasa majlis perpisahan PPM Pn. Hasnizam yang bertukar ke Kelantan serta sambutan Hari Lahir bulanan... Selamat Hari Lahir... Salam Perpisahan...
Terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Ayer Tawar, Perak.
Tujuan utama blog ini dizahirkan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua warga pendidikan khas dan bukan pendidikan khas agar lebih mengenali warga Pendidikan Khas di sekolah ini. Disamping itu juga dapat kami eratkan silaturrahim antara guru, murid dan ibu bapa murid berkeperluan khas yang ada di kelas ini. Kelas PIPK SKAT ini terdiri daripada 5 orang guru pendididkan khas, seorang guru prapendidikan khas dan 4 orang pembantu pengurusan murid. Muridnya adalah seramai 13 orang.